::bdkleovirgo::..

this blog is dedicated to my life..my passion and my sensitive heart that no one seems to understand...

Tuesday, August 30, 2005

::ironi kemerdekaan..

Salam Kemerdekaan Buat Semua Rakyat Malaysia..

Seperti biasa, aku tak kemana.. merdeka pada aku bukan lah berhimpit2 at crowded places
jauh sekali dlm hiruk pikuk musik bingit kelab

aku tak percaya dengan 'semangat' kemerdekaan hanya pada laungan keramat tepat jam 12 tengah malam..
atau pada tempelan jalur gemilang menghiasi dada kereta..

kengkadang aku terasa ironi..
ironi pada kereta yg bangga menampal seluruh pelusuk badan kereta dengan bendera keramat tapi malu dengan nama kereta nasional.. maka kereta yg terhias dek jalur gemilang dengan megah nya memaparkan 'mitsubishi', 'evo' , 'daihatsu' atau pun 'move'.. perlukah mendabik dada dan melaungkan kemerdekaan jika jiwa sendiri masih terjajah, malu dengan hasil titik peluh anak watan?.. masih mahu men'jajah'kan produk negara sendiri?..

malu??

rendah diri??

perlukah anak merdeka tiada jejak nan mampu berdiri atas kaki nya sendiri??

kengkadang aku bertanya.. apakah ini kemerdekaan?
apakah ini yg diperjuangkan oleh anak watan yg mengimpikan sebuah negara nan berdikari..
apa itu kemerdekaan?...

apakah melihat proton dijajah dek VW itu satu kemerdekaan?
apakah melihat MAS diteraju anak kulit putih itu satu kemerdekaan?
apakah melayu yg lemas dlm tv realiti itu satu kemerdekaan?
apakah melihat seorang melaung "Belia Benci Dadah" lalu terus menobat nyek idola/pemimpin segala umat itu satu petanda merdeka?

ada org kata, kalau bendera yg tempek kat kereta jatuh tak perlu amik balik, beli jek yg lain..
apakah jiwa merdeka itu tidak menjulang maruah negara?.. mudah sungguh maruah negara disilih ganti..

agak nye inilah jiwa merdeka baru..

sapalah aku nak mempersoalkan..

aku hanya insan marhain yg kan terus mengurung diri di kotak ini.. kerna jiwa merdeka ku telah tersemat di dlm diri dan tak perlu bagi aku mendabik dada menjerit pada gunung yg tak mungkin runtuh..

Salam Kemerdekaan...