::bdkleovirgo::..

this blog is dedicated to my life..my passion and my sensitive heart that no one seems to understand...

Wednesday, November 02, 2005

::ketupat palas ketupat pasar..

macam biasalah kalau rumah nenek aku ni, memacam nak kena buat.. esp kalau pakcik aku balik dari singapore.. sebenar nyek dah lama kami tak raya sekali.. selalu kalau raya pun dah seminggu raya baru balik melaka.. ni semua sejak nenek aku kawin baru.. yelah atuk aku tu ramai anak2 nyek.. mana nak sumbat kami pulak kan.. tapi tahun ni kami pakat nak jugak raya rumah nenek aku.. 6 tahun tu tak raya pertama kat melaka..
as usual, dish fav family my mom, rendang itik..cuma tahun ni tak letak pucuk paku jek.. pakcik aku pulak bawak dendeng dari singapore and few pelik2 food dari singapore.. aku pulak bawak ketupat palas..
ada 3 org ahli tetap dlm ajk ketupat... aku, pakcik aku ngan mak aku.. hehehe.. kami mmg geng anyam ketupat ler.. ketupat plak tak main lah ketupat satay or bawang.. sah sah ketupat pasar.. so ada lah cara dia nak anyam.. makcik aku plak tukang ketat mengetatkan hehehe.. hmm ni lah yg best masa raya.. selain dari aku and makcik2 aku yang bukak mesyuarat ahli mesyuarat pintu.. hehhee.. ada sajek cerita nyek..
so 2 malam terakhir sebelum raya mmg keje kami sekeluarga mmg makan jek.. gila banyak makanan sampai aku bangun tetengah malam nak makan hehehe.. hmm tapi borek badan den tak pun nenaik.. tension betul hehehhe...
tapi satu benda jek aku sentap.. az sibuk sediakan aku ketupat palas.. dia siap nak kukus sendiri utk aku tu.. tapi bila aku bawak balik melaka.. ketupat palas tu tak laku.. tension nyek aku.. aku sorang jek yg makan.. org lain cam memandang sepi jek..
dah next year aku tak nak bawak dah.. bosan jek...