::bdkleovirgo::..

this blog is dedicated to my life..my passion and my sensitive heart that no one seems to understand...

Tuesday, November 22, 2005

::towards the end of syawal..

since dah lama sangat aku tak update blog ni.. aku rasa cam tak payah la aku nak continue cite basi pasal hari raya kan..
not that i really fancy this year's raya..
banyak sangat incident yg aku nak lupakan..
org mana nampak apa yg aku lalui kan..
org nampak aku ni senyum jek memanjang..

relationship antara aku ngan my dad mmg tak pernah baik..
sejak dari dulu..
kengkadang aku tertanya jugak.. salah ke aku ni dilahirkan ke apa?
mungkin jugak ayah nak membentuk aku menjadi seorang manusia..
mungkin sebab dari all these preasure all these while mematang kan aku..
mungkin..

carilah seinci mana tubuh aku ni yg tak pernah merasa tali pinggang, rotan, kayu dan sebagai nyek..
aku sabar jek lah.. aku tau adik adik aku tak kena macam mana aku kena..
tapi aku tak pernah berdendam.. itu mungkin cara ayah nak mendidik anak 'lelaki' dia ni..

tiap2 kali pasti ada sahaja pertengkaran antara aku ngan ayah..
tapi incident yg jadik baru2 ni aku nak lupakan terus..
aku tak nak tengok ibu menangis macam tu..
aku tak nak adik2 aku bertengkar ngan ayah hanya sebab nak pertahankan aku..
aku tak nak tengok adik2 aku menangis dengar luahan hati yg aku simpan selama hampir 30 tahun hidup dlm dunia ni..

mungkin pada sesetengah org kalau fikir2 kan akan cakap apa yg kami tengkarkan memang perkara bodoh..
tapi antara aku ngan ayah aku mmg macam tu..
kami tak pernah sebulu..
kami tak pernah setuju antara satu sama lain..
kecuali politik..
itu pun ada juga pertengkaran nyek.. mungkin cara dia melihat lain dari mata ku..

aku jugak perlu belajar bagai mana hendak amik hati org tua..
kengkadang sukar nak faham hati dan perasaan org tua yg penuh dengan ego..
baik dlm family mahupun dalam tempat kerja.. aku mmg sentiasa akan lihat pertembungan dua budaya yg sukar menerima antara satu sama lain..

apa apa pun..
ayah tetap org yg aku sanjungi..
mungkin apa yg keluar dari mulut beliau tak dimaksudkan begitu..
aku akan terus manjaga dan mendidik adik aku..
itu tanggungjawab aku sebagai abg sulung..
aku tak kan berjauh hati mahupun menyimpan dendam..
ibu tak kan suka kalau aku buat begitu..
aku tak sanggup tgk ibu menangis..

aku harap ayah dapat melihat yg aku sentiasa berkorban utk keluarga..
aku akan kotakan janji aku yg aku akan terus jaga adik2 aku sampai lah adik aku yg bongsu naik ke jinjang pelamin..
selagi detik itu tidak sampai, aku akan kekal sebegini..
aku tak kesal dengan pengorbanan ini..
sebab aku lakukan bukan sebab
kerja..
cita cita..
cinta pada insan lain..
mahupun mengharap balasan..
tapi ketulusan seorang abang yg ingin melihat ibu bapa nya bahagia..
adik adik nya berjaya...
semua sekelompok manusia yg aku panggil family..